Antarabangsa Bola Sepak

‘Pertarungan maruah’ United, Liverpool

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PERTEMBUNGAN Manchester United dan Liverpool aksi Liga Perdana Inggeris pada malam ini mungkin tidak sepanas pusingan pertama kerana Manchester City bersiap sedia untuk merangkul kejuaraan.

City sah akan ditabalkan sebagai juara gelaran EPL seandainya United kalah kepada Liverpool.

Bagaimanapun, kedua-dua kelab yang miliki sejarah panjang dalam bola sepak itu ada misi tersendiri yang mana pasti ingin mengelak kekalahan di Old Trafford.

Bukan sahaja perseteruan terjadi di atas padang, tetapi sejak pada abad ke-19 lagi apabila kota Manchester dan Liverpool sudah terlibat persaingan dalam hal ekonomi.

Secara geografik, kedua kota cuma berjarak sekitar 50 kilometer. Baik Manchester, tiga mata dikutip nanti akan menangguhkan seketika pesta City.

Liverpool pula agak terdesak memburu kemenangan bagi memperbaiki kedudukan liga serta mencari slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

REKOD PERTEMUAN :

Liverpool 0-0 Man United (EPL, 17 OKT 2016)

Man United 1-1 Liverpool (EPL, 15 JAN 2017)

Liverpool 0-0 Man United (EPL, 14 OKT 2017)

Man United 2-1 Liverpool (EPL, 10 MAC 2018)

Liverpool 3-1 Man United (EPL,16 DIS 2018)

Man United 0-0 Liverpool (EPL,24 FEB 2019)

Man United 1-1 Liverpool (EPL,20 OKT 2019)

Liverpool 2-0 Man United (EPL,19 JAN 2020)

Liverpool 0-0 Man United (EPL,17 JAN 2021)

Man United 3-2 Liverpool (PIALA FA,24 JAN 2021)

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: