Antarabangsa Bola Sepak

United diminta hantar barisan terbaik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

DIMITAR Berbatov memberitahu Manchester United miliki barisan skuad terbaik bagi berdepan dua aksi sukar menentang Liverpool pada malam ini dan AS Roma pada awal pagi Jumaat.

United mencatat kemenangan 6-2 ke atas Roma pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa pada Jumaat lepas, dengan ketinggalan 2-1 untuk bangkit menjaringkan lima gol pada babak kedua dan semakin hampir menuju final.

Jelas Berbatov berkata, Solskjaer mempunyai keputusan untuk menyusun skuad mantap menghadapi Liverpool pada malam ini, apatah lagi jika tewas akan menyerahkan gelaran liga kepada Manchester City.

Katanya lagi, kemenangan ke atas musuh ketat itu akan mengekalkan tekanan kepada City dan mencegah Liverpool mendekati empat teratas.

“Kemenangan akan lebih manis apabila mengetahui bahawa City tidak akan dinobatkan sebagai juara hujung minggu ini dan harapan Liverpool untuk menduduki tangga empat teratas akan semakin jauh, ia akan terasa seperti pekerjaan yang dilakukan dengan baik.

“Saya rasa ada cukup waktu dari hari Ahad hingga Khamis untuk menjadi kuat, terutama mengingat kelebihan empat gol yang dimiliki United mengatasi Roma,” katanya kepada Betfair.

Bekas penyerang United itu berpendapat bahawa ganjaran kemenangan ke atas Liverpool semestinya memudahkan Solskjaer menamakan pasukan yang kuat menentang perlawanan  hujung minggu ini.

“United akan memiliki dua perlawanan besar dan Solskjaer perlu memutuskan adakah dia bermain pasukan yang kuat pada hari Ahad (malam ini), atau dia dapat memberi pemain berehat menjelang pusingan kedua Liga Europa,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: