Antarabangsa motorsport Terkini

Bottas halang Hamilton catat rekod

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Valtteri Botas

PEMANDU pasukan Mercedes AMG Petronas, Valtteri Bottas menghalang cubaan rakan sepasukan Lewis Hamilton untuk melakarkan satu lagi rekod baharu dalam kejuaraan Formula Satu apabila menyambar petak pertama untuk permulaan Grand Prix Portugal di Litar Portimao pada Sabtu.

Bottas mengenepikan cabaran juara dunia tujuh kali dan pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton dengan catatan masa 1 minit 18.348 saat untuk permulaan petak pertama ke-17 dalam karier beliau.

Pada minggu memperingati kematian legenda Ayrton Senna, Bottas cemerlang dalam sesi kelayakan yang menyaksikan kedua-dua pemandu Haas Nikita Mazepin dan Mick Schumacher, pemandu Williams, Nicolas Latifi, pemandu Aston Martin, Lance Stroll dan pemandu McLaren, Daniel Ricciardo tersingkir pada kelayakan pertama.

Kelayakan kedua pula menyaksikan kedua-dua pemandu Alfa Romeo, Antonio Giovinazzi dan Kimi Raikkonen, pemandu veteran Alpine, Fernando Alonso, pemandu Alpha Tauri, Yuki Tsunoda dan pemandu utama Williams, George Russell tersingkir.

Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel yang memandu jentera Aston Martin kembali menemui sentuhan apabila layak ke kelayakan ketiga dan berjaya menempah petak ke 10 setelah gagal dalam dua perlumbaan sebelum ini.

Perebutan petak pertama melihatkan persaingan sengit antara kedua-dua pemandu Mercedes dan akhirnya Bottas berjaya mengemudi jentera beliau dengan cemerlang untuk menafikan Hamilton rekod petak pertama ke-100 nya.

Kelayakan Grand Prix Portugal

1. Valtteri Bottas – Mercedes
2. Lewis Hamilton – Mercedes
3. Max Verstappen – Red Bull
4. Sergio Perez – Red Bull
5. Carlos Sainz – Ferrari
6. Esteban Ocon – Alpine
7. Lando Norris – McLaren
8. Charles Leclerc – Ferrari
9. Pierry Gasly – Alpha Tauri
10. Sebastian Vettel – Aston Martin
11. George Russell – Williams
12. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
13. Fernando Alonso – Alpine
14. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
15. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
16. Daniel Ricciardo – McLaren
17. Lance Stroll – Aston Martin
18. Nicolas Latifi – Williams
19. Mick Schumacher – Haas
20. Nikita Mazepin – Haas


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: