Bola Sepak Terkini

Apa yang berlaku, saya bertanggungjawab, TMJ.


Oleh : Subkhi Sudarji

APA yang berlaku, saya bertanggungjawab,” itulah komen pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim  susulan kegagalan skuad Harimau Selatan meraih kemenangan dalam dua perlawanan berturut-turut.

Tunku Ismail turut menegaskan  ketika ini bukan masa untuk menyalahkan sesiapa dan dia bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada JDT sama ada ketika menang atau kalah.

Menerusi komen di ruangan Instagram kelab, TMJ berkata ini adalah masa untuk kita berjuang bersama hingga akhir.

“Kalah menang kita berjuang! Kita keluarga JDT. Susah senang bersama. Bukan bersama masa menang saja.

“Awak sakit hati? Bayangkan orang yang letak duit berjuta-juta. Tapi saya berjanji susah senang, kalah menang atau pun tiada piala. Saya bersama kelab JDT ini.

“Kita Johor, jangan terikut budaya tuding jari. Apa yang berlaku, saya bertanggungjawab,” tulis TMJ.

Rata-rata komen yang dibuat pengguna media sosial di laman Instagram JDT menganggap taktikal Mora tidak lagi berkesan dengan pasukan lawan sudah dapat membaca corak permainan skuad Harimau Selatan yang merangkul gelaran kejuaraan Liga Super tujuh kali berturut-turut itu.

Terdapat juga komen yang menyuarakan kebimbangan mengenai nasib JDT yang akan berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk berdepan Kedah Darul Aman FC, pada Selasa ini.

Skuad bimbingan Mora kini hanya dibezakan satu mata dengan Kedah selepas mereka hanya seri 1-1  menentang KLUFC, Jumaat lalu.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: