Antarabangsa Permotoran

Nakagami terpantas, Marquez terlibat insiden


PELUMBA Jepun, Takaaki Nakagami mencatat masa terpantas 1 minit 36.985 saat sesi latihan bebas ketiga MotoGP Sepanyol 2021. Fabio Quartararo kedua, manakala Marc Marquez terjatuh sebelum menamatkan pada kedudukan ke-12.

Penunggang LCR Honda itu diekori rapat Quartararo dengan jarak hanya 0.025 saat.

Juara bertahan, Joan Mir sempat berada posisi kedua sebelum dipintas Stefan Bradl yang mengakhiri sesi ini di peringkat ketiga. Mir kemudian berada di posisi empat di depan Aleix Espargaro.

Maverick Vinales belum  tampil meyakinkan di Jerez. Dia menghuni posisi keenam di depan Franco Morbidelli, Pecco Bagnaia, Johann Zarco, dan Alex Rins yang melengkapi kelompok 10 besar.

Sementara itu Marc Marquez  terpaksa berpuas hati di posisi ke-12. Di pusingan terakhir, pelumba Repsol Honda itu terlibat kemalangan di selekoh tujuh pusingan terakhir. Dia tercampak dari tunggangannya kemudian melanggar pagar hadangan.

Ini merupakan insiden yang merisaukan bagi juara dunia lapan kali itu selepas pulih dari kecederaan patah tulang lengan membuatnya tersisih hampir setahun.

KEPUTUSAN SESI LATIHAN KE-3

1 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) 1’36.985s
2 Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +0.025s
3 Stefan Bradl GER HRC (RC213V) +0.041s
4 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +0.051s
5 Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +0.064s
6 Maverick Vinales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +0.098s
7 Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +0.098s
8 Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +0.151s
9 Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +0.172s
10 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +0.193s
11 Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) +0.203s
12 Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +0.369s
13 Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +0.375s
14 Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +0.657s
15 Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +0.719s
16 Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +0.725s
17 Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +0.768s
18 Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +0.786s
19 Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP)* +0.829s
20 Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +0.928s
21 Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +0.949s
22 Tito Rabat SPA Pramac Ducati (GP21) +1.428s
23 Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +1.516s


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: