Bola Sepak Semasa Terkini

TFC didenda RM20,000, Fadzrul Danel kena gantung 4 perlawanan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JAWATANKUASA Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali ketiga bagi penggal 2021-2025 pada hari ini telah membuat keputusan salah laku pasukan Terengganu (TFC) FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Che Mokhtar Che Ali berkata, pegawai pasukan TFC didapati melanggar Artikel 54 (b) Kod Tatatertib FAM iaitu perlakuan terhadap kumpulan pengadil pada perlawanan Liga Super 2021 menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 21 Mac 2021.

“Sebagai hukuman, pegawai pasukan TFC dikenakan hukuman denda sebanyak RM20,000 akibat daripada tindakan mereka yang berkelakuan tidak wajar kerana telah mengugut dan/atau mengganggu kumpulan pengadil semasa dan selepas perlawanan sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

Pegawai-pegawai pasukan TFC juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan TFC, Zul Fadli Rozi melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan dan cubaan menyerang kumpulan pengadil pada perlawanan sama.

“Bagi pertuduhan pertama, pegawai ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000 dan penggantungan empat perlawanan. Mohd Shukri Che Zakaria pula melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada aksi sama.

“Pegawai ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM5,000 akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan apabila mengeluarkan kata-kata kesat ke arah Penolong Pengadil 1, Mohd Junaidy Abd. Samad semasa perlawanan tersebut,” katanya.

Sementara itu, pemain KDA FC, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam melanggar Artikel 51.1 (a) Kod Tatatertib FAM iaitu salah laku terhadap pegawai pertandingan pada perlawanan Liga Super 2021 bertemu TFC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 9 April 2021.

“Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM10,000 akibat daripada kad merah yang diterimanya pada perlawanan tersebut.

“Manakala, satu lagi pemain KDA FC, Rodney Celvin Akwensivie melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM iaitu salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan pada perlawanan sama.

“Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik akibat daripada kad merah yang diterimanya pada perlawanan tersebut.Keputusan tidak boleh dirayu,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: