Bola Sepak Semasa Terkini

KL City FC ikat JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA Lumpur City FC (KL City FC) mengikat lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 pada aksi perlawanan kesebelas Liga Super di Stadium Cheras malam ini.

Pada aksi tersebut, KL City membuka jaringan awal perlawanan menerusi Romel Morales pada minit ke-47 tamat separuh masa pertama.

Bagaimana pun kegembiraan anak buah Bojan Hodak itu tidak lama apabila kapten JDT, Harris Harun menyamakan kedudukan menerusi tandukan tepat ke arah gawang hasil daripada sepakan penjuru dari Nazmi Faiz.

Beberapa percubaan bahawa ke arah gawang tuan rumah gagal menembusi gawang KL City FC yang menyaksikan kedudukan seri 1-1 itu sehingga wisel akhir dibunyikan.

Biarpun gagal membawa pulang tiga mata penuh, skuad Benjamin Mora masih mendahului kedudukan Liga Super dengan 24 mata, hanya kelebihan satu mata daripada pencabar terdekat Kedah Darul Aman FC yang menang 3-1.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: