Antarabangsa Bola Sepak

Tolonglah Messi, kekal di Catalan !

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JURULATIH Barcelona, Ronald Koeman membuka mulut mengenai isu pra-kontrak Lionel Messi di PSG, sambil membenarkan kelabnya mencari penyerang baru musim depan.

Baru-baru ini ada laporan yang menyebut Lionel Messi dan PSG telah bersepakat untuk membuat pra-kontrak.

Sebuah media Brazil mendakwa, Messi telah ditawarkan kontrak dua musim oleh gergasi Ligue 1 Perancis itu, yang baru saja tewas 2-1 kepada Manchester City di pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara.

Koeman tahu, masa depan Messi akan terus didendangkan seiring kontrak La Pulga bersama Los Blaugrana akan berakhir. Tetapi Koeman berharap Messi terus setia Catalans sehingga kariernya tamat.

“Saya sebenarnya tidak tertarik dengan apa yang dilaporkan (oleh media). Sebab, saya tidak tahu adakah itu benar atau tidak. Saya sangat berharap Messi kekal dengan kami,” kata bekas pengendali skuad Belanda itu.

“Saya sudah cakap banyak kali bahawa dia harus melanjutkan kariernya di sini, tetapi ini adalah keputusan yang harus dia segera lakukan,” katanya lagi.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: