Antarabangsa Bola Sepak

‘Perang belum berakhir’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Neymar belum jaringkan gol dalam enam perlawanan terakhir kalah mati Liga Juara-Juara.

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, tetap optimis peluang mereka di Liga Juara-Juara selepas kalah 1-2 kepada Manchester City.

Les Parisiens di depan menerusi gol Marquinhos pada minit ke-15. Tapi, pelawat segera mengubah papan jaringan pada babak kedua, masing-masing gol Kevin De Bruyne (64’) dan Riyad Mahrez (71’).

Neymar dan rakan-rakan bakal berdepan tugas getir di Manchester pada Rabu depan. Walaubagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu tidak putus asa dan membakar semangat PSG di media sosial.

Status Neymar di Twitter selepas perlawanan.

“Kami memang kalah dalam pertempuran, tapi perang masih terus berlanjutan. Saya yakin pada pasukan saya dan yakin kami buat lebih baik. Satu peratus kemungkinan, 99 peratus keyakinan. Allez Paris!,” ciap Neymar di Twitter selepas pertandingan.

Namun begitu, dalam empat pertemuan terakhir, PSG belum pernah menang semasa melawan City apabila mengalami dua kekalahan dan seri dua kali

Kekalahan ini juga mencemar rekod PSG yang telah berlangsung selama 20 tahun.  Ia adalah kekalahan pertama mereka setelah memimpin perlawanan pada babak pertama sejak Mac 2001!


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: