Antarabangsa Bola Sepak

5 kelab buru Buffon


Buffon bakal meninggalkan Bianconeri buat kali kedua.

SEANDAINYA berpindah pada musim panas ini, maka ia akan menjadi kali kedua bagi Gianluigi Buffon meninggalkan Juventus.

Khabarnya, ada lima kelab yang berpeluang menjadi destinasi terbaharu penjaga gawang veteran itu.

Olympiakos, Eintracht Frankfurt, Sporting CP, Galatasaray dan Dynamo Kiev dilaporkan tertarik dan Buffon mungkin akan tergoda dengan tawaran mereka.

Tuttosport melaporkan, Buffon masih miliki cita-cita bermain sebagai pilihan utama jika dia berpindah ke kelab baru dan prestasinya dalam 12 penampilan bersama Juve musim 2020/21 ini tampak solid.

Final Piala Itali bertemu Atalanta pada 19 Mei depan kemungkinan akan menjadi penampilan terakhir Buffon dengan seragam Juventus, 7,206 hari selepas debutnya pada 26 Ogos 2001.


Add Comment

Click here to post a comment