Antarabangsa motorsport

Lorenzo tabik penampilan Marc Marquez

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

KEUPAYAAN Marc Marquez yang kembali daripada kecederaan panjang dan menamatkan perlumbaan pada posisi ketujuh MotoGP Portugal mendapat reaksi positif.

Bekas rakan sepasukan Marquez, Jorge Lorenzo tampil memuji tahap mentalitinya yang disifatkan sebagai luar biasa dan berani.

“Bercakap mengenai Marc Marquez yang menunjukkan kepantasan, saya lebih terkejut dengan kemunculannya  setelah sembilan bulan berehat. Dia kembali litar di MotoGP tanpa rasa takut untuk melukakan dirinya lagi, dan mengambil risiko untuk meraih hasil luar biasa,” ujarnya kepada Crash.

Marquez berehat sembilan selepas menjalani tiga operasi pembedahan akibat patah lengan kanan sejak musim lalu. Penunggang Rider Repsol Honda itu terlepas hampir seluruh pusingan MotoGP 2020 kecuali litar pertama iaitu MotoGP Sepanyol, tempat di mana dia terjatuh.

“Dia dari planet lain. Mungkin Marc akan perlukan lebih masa untuk kembali ke level puncak seperti dilakukan pada 2019 dan juga ada pesaing yang lebih muda, seperti Quartararo pada usia 21 tahun, Mir (22) dan Bagnaia (24).

“Tapi saya tak ragu-ragu bahawa Marc akan memenangi perlumbaan dan bertarung untuk kejuaraan dunia lagi. Mungkin pada musim ini juga,” kata Lorenzo lagi.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: