Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Tarikh aksi AFC Cup Zon Asean ditunda


KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan perlawanan AFC Cup kumpulan H dan I (Zon ASEAN) yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun hingga 28 Jun 2021 telah dipinda ke satu tarikh lain.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam, tarikh baharu semua perlawanan kumpulan H ialah 29 Jun hingga 5 Julai manakala perlawanan yang melibatkan kumpulan I akan bermula pada 30 Jun hingga 6 Julai 2021.

Keputusan pindaan jadual itu dibuat setelah AFC mendapat tarikh baru perlawanan play-off AFC Champions League (Zon timur) iaitu pada 22 Jun 2021 dan ia turut melibatkan penyertaan pasukan daripada Zon ASEAN.

Bagaimanapun, Singapura kekal sebagai tuan rumah kumpulan H dan I yang akan berlangsung secara karnival susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di beberapa negara.

Malaysia diwakili oleh naib juara Liga Super 2020, Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Terengganu FC.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: