Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Bekas pemain Ayeyawady United, Kaung Mann sertai Sri Pahang FC ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kaung Mann bakal memperkuatkan jentera serangan Sri Pahang FC.

 

KEDUDUKAN penyerang import Yevhen Bokashivili dan Pedro Henrique  yang gagal mempamerkan impak kepada pasukan selepas 10 perlawanan kini dalam bahaya apabila Sri Pahang FC bakal mengikat penyerang skuad kebangsaan Myanmar, Aung Kaung Mann.

Menurut satu komen di laman instagramnya, bekas pemain Ayeyawady United itu kini berada di Kuala Lumpur untuk menjalani proses kuarantin sebelum dibenarkan menyertai sesi latihan pasukan di Kuantan dan akan menyertai Sri Pahang FC bulan depan.

Mempunyai ketinggian 183cm, Aung Kaung Mann sebelum ini mencuri tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara apabila mempamerkan prestasi cemerlang dalam saingan Sukan SEA 2019 di Filipina dengan menjaringkan 5 gol dan membantu negaranya melangkah ke peringkat separuh akhir serta membawa pulang pingat gangsa selepas menewaskan Kemboja.

Kaung Mann juga turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan Myanmar bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan datang.

Musim 2020, Aung Kaung Mann beraksi dengan beberapa kelab Thailand seperti Trat FC, Lampang dan Khonkae United. Beliau telah melakukan 16 penampilan dalam saingan Thai League 2 dan menjaringkan 5 gol.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: