Bola Sepak Semasa Terkini

Frank Bernhardt terima peluang kedua

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Frank Bernhardt

SETELAH direhatkan dalam tiga perlawanan, Frank Bernhardt kini kembali merangkul jawatan ketua jurulatih UiTM FC bermula semalam.

Pihak pengurusan UiTM FC sedia merombak beberapa pemain import dalam saingan pusingan kedua setelah lapan perlawanan tanpa sebarang gol.

“Kami mahu Bernhardt melihat kembali sistem yang lebih sesuai dengan pemain.

“Pada musim lalu, sistem yang sama berkesan terhadap pemain tetapi tahun ini, pemain tidak berkebolehan dengan sistem yang ada,” katanya dalam laporan wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly.

UiTM sedia beri peluang kedua kepada jurulatih Jerman itu dan akan menilai prestasinya dalam tiga perlawanan, bermula dengan bertemu pasukan Sri Pahang di tempat lawan pada Sabtu ini. Dua pertembungan lagi dengan Terengganu FC (3 Mei) dan Kuala Lumpur City (8 Mei).

Keberadaan pasukan UiTM FC di tangga tercorot Liga Super menguatkan lagi keputusan  pihak pengurusan untuk merombak pemain  import mereka.

Pemain import yang berasal dari Lubnan, Abou Bakr Al-Mel dikatakan tidak sesuai dengan permainan pasukan itu dan UiTM memerlukan pemain yang lebih kreatif dan lebih agresif untuk berada di posisi tengah.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: