Antarabangsa Bola Sepak

Roma penentu nasib The Red Devils

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

United berdepan tugas getir untuk aksi menentang AS Roma.

MANCHESTER  United akan bertemu AS Roma pada aksi separuh akhir Liga Europa dan pertemuan itu menjadi faktor menentukan perjalanan mereka pada musim 2020/2021.

Pertembungan pusingan pertama akan berlangsung di Old Trafford, Jumaat ini. Kempen kali ini menjadi satu-satunya harapan yang dapat dimenangi United bagi menutup musim dengan cerita manis.

“Ini merupakan tiga pertandingan besar, terutamanya melawan AS Roma, itu boleh menentukan musim kami.

“Saya fikir kami telah mengharungi beberapa perlawanan separuh akhir dalam dua tahun terakhir, dan kami belum berjaya. Ini adalah kesempatan untuk mengambil langkah ke arah yang tepat dan memenangi persaingan itu,”  kata pemain pertahanan, Luke Shaw kepada MUTV.

Setakat ini, United gagal di Piala FA dan Piala Liga Inggeris. Pada saingan Liga Perdana Inggeris, peluang untuk merampas puncak dari Manchester City juga sangat sukar kerana ketinggalan 10 mata dengan berbaki lima perlawanan.

Selepas menentang Roma, Manchester United akan melayan kunjungan Liverpool pada hujung minggu dan berselang beberapa hari kemudian, bertandang ke kubu Giallorossi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: