Bola Sepak

Perak FC tersungkur di Ipoh


PERAK FC gagal mengambil peluang beraksi di laman sendiri apabila tumpas 0-1 kepada Melaka United FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.

Selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Kedah Darul Aman FC pada 17 April lalu di venue sama, Perak FC kini mencatat kekalahan kelima dalam 10 perlawanan pusingan pertama liga musim ini.

Ini adalah kegagalan kedua berturut-turut Perak FC meraih mata penuh di Ipoh sekaligus meletakkan mereka turun pada kedudukan ke-10 liga.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: