Antarabangsa Bola Sepak

Manchester City juara Piala Carabao

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MANCHESTER City meraih gelaran Piala Liga Inggeris buat kali keempat secara berturut-turut.

Ia hadir selepas The Citizens menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 pada aksi final, di Wembley sebentar tadi.

City bermain dominan dan terus menekan Spurs di sepanjang perlawanan ini. Kebuntuan jaringan dipecahkan di minit ke-82 menerusi tandukan Aymeric Laporte yang menyambut tendangan bebas Kevin De Bruyne dan menjadi gol penentu juara bagi City.

Kemenangan ini menjadi gelaran kelapan bagi City di Piala Liga, sekaligus menyamai catatan Liverpool sebagai pemenang terbanyak kempen ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: