Bola Sepak Semasa Terkini

Saya masih hidup ; TMJ

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reaksi TMJ menerusi laman Insta-story miliknya.

Oleh : Subkhi Sudarji

“NAK bunuh JDT, kena matikan TMJ dahulu.” itulah komen pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas Harimau Selatan tewas 0-1 di tangan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.

TMJ menerusi laman Insta-story miliknya,  JDT akan sentiasa menjadi kelab yang terbesar dan belum ada mana-mana pasukan pecahkan rekod berkenaan.

“Fakta is fakta. Simple. Kekalahan adalah small hiccups. Yang penting kami masih wujud, record record kami belum ada mana-mana pasukan pecahkan. Kami masih disini dan our agenda is clear.

“2 tahun tak kalah. Kekalahan akan berlaku. Tetapi Club, assets dan pencapaian masih wujud dan kekal. semangat kami adalah anda. Apabila kami menang, terima kasih kepada anda. Apabila kami kalah, minta maaf kami telah cuba beri yang terbaik,” ujarnya.

TMJ turut berkongsi melalui Insta-storynya memaklumkan kepada penyokong bola sepak dia masih hidup.

“Last sekali kepada penyokong kami dan penyokong bola sepak tanah air. SAYA MASIH HIDUP. JDT always remain the Biggest. Nak bunug JDT, kena matikan TMJ dahulu.

“Well, semua sedia maklum itu bukan mudah. To JDT ini bukan kali pertama kita kalah, so relax. Kepada yang benci kami. Goodluck,” tegasnya.

Kali terakhir JDT tewas di tempat sendiri dalam aksi Liga Super adalah pada Julai 2019 kepada PJ City dan selepas 21 bulan rekod tanpa kalah berjaya dikekalkan sehinggalah jaringan Hakimi Abdullah pada minit ke 57 yang membawa kemenangan TFC memusnahkan rekod berkenaan.

Namun JDT selaku juara liga super tujuh kali berturut-turut masih menerajui takhta liga ketika ini dengan kelebihan dua mata untuk mencatat 23 mata hasil tujuh kemenangan, dua seri dan satu kekalahan selepas 10 perlawanan manakala TFC ditangga kedua dan Kedah Darul Aman FC mengekori dikedudukan ketiga liga.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: