Bola Sepak Semasa Terkini

FAM sedia tanggung kos suntikan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Stuart (dua,kiri) menjawab soalam media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengadil FAM, semalam.

Oleh : Subkhi Sudarji

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia menanggung kos suntikan vaksin ke atas beberapa tonggak Harimau Malaya yang kini berpengkalan di luar negara yang akan dibawa menyertai Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Antara tonggak utama pasukan yang berada dalam radar untuk disuntik ialah Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi dengan KV Kortrijk di Belgium, Liridon Krasniqi bersama kelab Newcastle Jets di Australia dan dua tonggak yang bermain di Thailand iaitu Dominic Tan (Police Tero) serta Junior Eldstal (Chonburi FC).

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, ketika ini, pihaknya masih lagi berhubung dengan persatuan bola sepak negara berkaitan untuk mengetahui situasi semasa berkaitan proses vaksinasi.

Katanya, FAM tidak berhadapan masalah jika vaksinasi terbabit perlu ditanggung oleh badan induk bola sepak negara kerana perkara penting adalah keselamatan semua pihak lebih terjamin ketika berada di Emeriah Arab Bersatu.

“Pemain kita dikira sebagai orang asing di negara terbabit dan mungkin kerajaan mahu beri keutamaan kepada rakyat mereka dahulu.

“Vaksin bukan kriteria utama untuk bermain bola namun pelaksanaan gelembung sukan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat adalah penting.

“Pada masa sama, kita juga tiada masalah bayar untuk dapatkan vaksin itu namun sekarang ini masalah adalah bekalan,” katanya, pada Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengadil FAM penggal 2021-2025, di sini, semalam.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: