Bola Sepak Semasa Terkini

Ariff masih mencari rentak

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ariff Farhan mengalami kecederaan semasa pra musim. PERTAHANAN Kedah Darul Aman FC, Ariff Farhan Md Isa masih mencari rentak permainan yang lebih baik selepas dibelenggu kecederaan di kepala ketika aksi pra musim, Februari lalu.

Telah diberikan kepercayaan pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak untuk berada dalam kesebelasan utama dalam dua perlawanan terdahulu menentang Terengganu FC dan Perak FC, Ariff Farhan menyifatkan prestasinya masih belum di tahap yang memuaskan.

“Saya bersyukur apabila dapat beraksi penuh dan jurulatih (Aidil Sharin Sahak) juga percaya dekat saya, cuma secara peribadi, saya sendiri masih belum puas dengan prestasi sendiri, banyak benda lagi kena perbaiki.

“Untuk berdepan Kuala Lumpur City FC pada malam ini , saya tidak pasti lagi akan diturunkan atau tidak, tetapi jika masih diberi peluang, pastinya saya ingin balas kepercayaan yang telah diberi ini.

“Lawan juga bukan calang-calang dan mereka juga ada pemain-pemain import yang merbahaya untuk kita, dan kita tahu ia tidak akan menjadi perlawanan mudah walaupun kita beraksi di laman sendiri”, jelasnya.

Selain perlawanan antara Kedah dan Kuala Lumpur pada malam ini , satu lagi aksi membabitkan Selangor FC yang akan berdepan Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Tiga perlawanan pula akan berlangsung pada Sabtu menyaksikan Penang FC akan menentang Sri Pahang FC, UiTM FC bertemu PJ City FC manakala pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menerima kunjungan Terengganu FC.

Satu lagi baki perlawanan adalah pada Ahad melibatkan Perak FC dan Melaka United FC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: