Antarabangsa Permotoran

Quartararo sempurna, Marc dari planet lain


Marquez mula menunjukkan keyakinan dalam perlumbaan selepas kembali ke arena MotoGP.

PENAMPILAN Fabio Quartararo dan Marc Marquez di MotoGP Portugal menarik perhatian pemerhati. Bekas bintang MotoGP, Jorge Lorenzo memberi komentar positif kepada kedua-dua pelumba itu.

Quartararo mendominasi sepanjang minggu MotoGP Portugal 2021. Penunggang Yamaha itu muncul terpantas pada sesi latihan, dan meraih petak utama.

Walaupun diberi tekanan oleh sejumlah pasukan bertanding terutamanya Alex Rins, Quartararo kekal tenang sehingga melintasi garisan penamat.

“Quartararo  menjadi ‘Tuan Sempurna’. Saya sudah menduganya pada hari Khamis. Dia secara konsisten bagus di empat latihan bebas. Dia juga dalam kondisi fizikal yang sangat bagus.

“Penampilan dia amat hebat dan itulah mengapa dia menjadi pilihan saya untuk gelaran juara dunia kalau dia dapat mengekalkan momentum positif sebelum Marc Marquez kembali 100 peratus,”  ujar Lorenzo dipetik Speedweek.

JORGE LORENZO

Sementara itu,  Marquez kembali ke kancah perlumbaan sejak berehat selama setahun dengan mengakhiri pusingan di kedudukan ketujuh, dibezakan jarak masa 13.2 saat dari  Quartararo. Juara dunia lapan kali itu begitu emosional setelah perlumbaan tamat.

Walaupun belum mencapai prestasi seperti sebelumnya, Lorenza tetap memuji Marc Marquez yang meyakini pelumba Repsol Honda itu akan kembali dominan.

“Dia dari planet lain. Dia mengingatkan saya kepada bintang motor percubaan Toni Bou. Saya yakin dia akan kembali kondisinya pada 2019 dan saya juga yakin dia akan memenangi perlumbaan lagi.

“Saya tidak sabar menantikan persaingannya dengan Fabio,” kata Jorge Lorenzo lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading