
WALAUPUN Marc Marquez telah kembali ke arena MotoGP?selepas pulih daripada kecederaan, dirinya tetap dihantui bayang-bayang untuk bersara.
Marquez melakukan kemunculan pada pusingan ketiga MotoGP 2021?yang berlangsung di Litar Portimao, Portugal, minggu lalu.
Penunggang Repsol Honda itu tampil cukup hati-hati sepanjang 25 lap, sehingga berjaya menamatkan di kedudukan ketujuh.
“Saya tidak akan maafkan dengan diri sendiri apabila saya perlu mengakhiri karier akibat cedera. Tidak ada pelumba yang mahu mengalami itu.
“Waktu ideal untuk bersara adalah ketika para pelumba menginginkannya, bukannya ditimpa cedera memaksa mereka berhenti. Anda juga tak ingin berhenti ketika tidak ada lagi pentas beraksi buat anda,” kata Marquez kepada Marca.
Bagaimanapun, Marquez akui kini sedang menikmati saat menyeronokkan terutamanya apabila dapat mengendalikan semula jentera motosikal.





Add Comment