Antarabangsa motorsport

Tiada sasaran kejuaraan The Baby Alien

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENUNGGANG Repsol Honda, Marc Marquez mendedahkan dirinya tidak menetapkan untuk bergelar juara MotoGP 2021.

Sebaliknya, dia tekad  tampil sebagus  mungkin di trek supaya kembali ke prestasi terbaiknya.

Selepas berehat selama sembilan bulan,  The Baby Alien  kembali ke litar perlumbaan di MotoGP Portugal, Ahad lepas.

Marquez, tampil baik sejak hari pertama MotoGP Portugal. Dari sesi latihan bebas sehingga perlumbaan, juara dunia MotoGP enam kali itu memperagakan aksi cemerlang di litar.

Berada di kedudukan ketiga di FP1, keenam di FP2, dan ke-15 di FP3, namun di peringkat kelayakan, dia bangkit dan bermula dari nombor 6. Akhirnya, Marquez dapat menghabiskan saingan tempat ketujuh.

Marquez menegaskan, perjuangannya kembali ke trek belum lagi sempurna. Dia mengaku masih perlu melakukan sesi rawatan bagi memulihkan kondisinya.

“Saya sudah bercakap dengan doktor dan sekarang ada masa yang harus saya hormati. Tekanan pada tulang harus progresif. Itu akan membataskan level saya. Saya bukanlah Marc yang sama bermula hari ini dan untuk akan datangnya.

“Ini pramusim saya. Kalau bola sepak akan berehat beberapa minit di akhir pertandingan. Di sini tidak mungkin. Tapi di Jerez, kami berharap dapat mengambil langkah lain,” kata Marquez, dilapor Marca.

Perlumbaan MotoGP seterusnya akan berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol pada 2 Mei 2021.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: