Antarabangsa

Liga Super Eropah bunuh harapan peminat

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Herrera tak setuju kewujudan Liga Super Eropah.

PENUBUHAN Liga Super Eropah terus mendapat kecaman para pemain. Terbaharu pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG) Ander Herrera memberi komentar berhubung isu berkenaan.

Dia menilai pertandingan itu kelak bakal membunuh mimpi para penyokong.

“Saya jatuh cinta dengan bola sepak, para peminat, dengan mimpi melihat pasukan yang saya cintai bersaing dengan cara yang terhebat.

“Jika Liga Super Eropah ini berjalan, impian itu akan berakhir. Impian para peminat jika pasukan mereka bukan gergasi bola sepak dapat bersaing di padang, pertandingan terbaik akan berakhir.

“Saya tidak boleh diam di atas masalah ini. Saya tahu Liga Juara-Juara yang lebih baik, tapi tidak dengan cara yang orang-orang kaya mencuri apa yang orang-orang lain ciptakan, iaitu sukan yang paling indah di planet ini,” jelas Ander Herrera di media sosial.

Sebanyak 12 pasukan sudah bersetuju menyertai Liga Super Eropah. Pasukan itu adalah Manchester City, Manchester United, Chelsea, Liverpool, Tottenham Hotspur, Arsenal, Juventus, Inter Milan, AC Milan, dan Real Madrid, Barcelona, serta Atletico Madrid.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: