Bola Sepak Semasa Terkini

Perak FC dan KDA FC penentu nasib Zainal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Datuk Saiful Mat Sapri

Oleh : Subkhi Sudarji

KEPUTUSAN perlawanan menentang Perak FC dan Kedah Darul Aman (KDA FC) bakal menjadi penentu nasib Zainal Abidin Hassan serta barisan kejurulatihan sama ada terus membimbing pasukan mahu pun sebaliknya.

Skuad Sang Kancil kini menduduki tangga ketiga tercorot selepas mengharungi sembilan perlawanan dengan mengalami tiga kekalahan, empat seri dan dua kemenangan untuk meraih tujuh mata.

MUFC bakal bertandang ke Stadium Perak , Ipoh untuk menentang pasukan ditangga sembilan iaitu Perak FC yang hanya dibezakan dua mata pada 25 April (Ahad) sebelum beraksi dilaman sendiri menentang KDA FC selang lima hari kemudian.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Saiful Mat Sapri berkata kepada CAKAPSUKAN , selepas mesyuarat pengurusan diadakan petunjuk prestasi utama (KPI) telah diberikan kepada Zainal dan barisan kejurulatihan dalam dua perlawanan akan datang.

“Selepas tewas 2-3 kepada Selangor FC mereka perlu bersiap sedia. Zainal dan barisan kejurulatihan perlu melakukan sesuatu yang luar biasa pada aksi menentang Perak FC dan KDA FC.

“Saya telah berikan KPI kepada Zainal termasuklah kesemua kejurulatihan agar mencapai keputusan positif pada aksi berkenaan, ia akan menjadi penentu kedudukan mereka semua,” jelasnya.

Jika gagal mencapai keputusan positif pada dua perlawanan berkenaan Zainal merupakan jurulatih tempatan pertama yang bakal direhatkan pada musim ini.

Sebelum ini dua pengendali import turut direhatkan iaitu Thomas Dooley (Sri Pahang FC) dan  Frank Bernhardt  (UiTM FC).

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: