Antarabangsa motorsport

Quartararo tiru gaya ‘siuuu’ Cristiano Ronaldo 

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TIDAK ramai tahu bahawa Fabio Quartararo meniru gaya Cristiano Ronaldo selepas meraih kemenangan di MotoGP Portugal 2021. Quartararo menjelaskan kenapa meraikan ‘siuuu’ yang dilakukannya.

Penunggang Perancis itu muncul pertama yang melintasi garisan penamat di Portimao dan yang menariknya,Quartararo meraikan gaya seperti yang biasa dilakukan Cristiano Ronaldo ketika menyumbat gol.

Setelah turun dari motor, Fabio Quartararo melompat ke udara dan kemudian mendarat dengan dua tangan dihempaskan ke masing-masing sisi tubuhnya.

Jika topi keledarnya dibuka, mungkin akan terdengar pula dia berteriak ‘siuuu’ seperti yang biasa dilakukan Cristiano Ronaldo.

Quartararo bukan meraikan secara suka-suka memandangkan pusingan ketiga MotoGP 2021 itu dilangsungkan di negara kelahiran Cristiano Ronaldo.

“Dia adalah idola dan saya harap melihat Ronaldo melihat gaya kemenangan ini. Saya rasa adalah waktu yang tepat untuk melakukannya.

“Itu memang sudah dirancang. Saya banyak mendapat inspirasi daripada dirinya. Saya amat gembira dapat melakukan itu,” ujar Quartararo kepada SportTV, yang dilapor Record.

Quartararo kini sudah meraih dua kemenangan dari tiga pusingan awal perlumbaan di MotoGP 2021. Sebelum di Portimao, dia juga naik podium utama di Doha 2021.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: