
Oleh : Subkhi Sudarji
PENGENDALI skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dijangka akan menyenaraikan lebih ramai pemain baharu sebagai persediaan mengharungi baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Jun ini.
Jelasnya, keputusan menyenaraikan lebih ramai pemain baharu sebagai pelapis jika terdapat mana-mana pemain Harimau Malaya mengalami kecederaan.
Tambahnya, beliau juga telah menyenaraikan pemain baharu itu dalam senarai vaksin bagi memudahkan mereka dibawa ke Emeriyah Arab Bersatu (UAE) jika terpilih.
“Kita tahu tonggak pertahanan Perak FC, Shahrul Saad cedera termasuk pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Rizal Ghazali dan Matthew Davies (Johor Darul Ta’zim). Saya harapkan pemain lain bebas cedera pada masa akan datang.
“Pada masa sama, kita pun ada senarai pemain baharu dan sentiasa pantau kemampuan mereka untuk diserap dalam skuad kebangsaan,” katanya, ketika ditemui media selepas menerima suntikan vaksin Covid 19 di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia, Presint Diplomatik, di sini, hari ini.





Add Comment