Bola Sepak Semasa Terkini

Perubahan kedudukan baik untuk saingan Liga M

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kpah Sherman (tengah) cuba melepasi kawalan dua pertahan tuan rumah pada perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Oleh : Subkhi Sudarji

PENGENDALI Kedah Darul Aman FC, Aidil Shahrin Sahak melihat perubahan kedudukan dalam saingan khususnya tempat kedua dan ketiga liga bagus untuk saingan Liga Malaysia.

Tegasnya, setiap pasukan sudah pasti ini meraih kejayaan dan berada dikedudukan terbaik dalam liga dan mereka pastinya akan berusaha keras untuk mencapainya.

“Bagi saya ia bagus untuk saingan Liga Malaysia, jika kita lihat kedudukan dalam liga khususnya nombor dua, tiga dan empat sering silih berganti.

“Semuannya cuba untuk memberikan saingan diantara satu sama lain,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Sebelum aksi menentang Perak FC, Lang Merah yang sebelum itu menghuni tangga kedua liga tergelincir selepas Terengganu berjaya menewaskan KLUFC di Kuala Terengganu, semalam.

Kekurangan satu perlawanan dan hanya dibezakan dua mata dengan TFC yang telah beraksi sembilan perlawanan, Kedah boleh mengekalkan kedudukan ditangga kedua seandainya mengutip tiga mata penuh namun sebaliknya berlaku apabila terus kekal di belakang TFC selepas hanya mengutip satu mata.

Mengulas aksi perlawanan malam tadi, Aidil Shahrin mengakui pemain tuan rumah tidak menjadikan situasi semasa yang melanda mereka sebagai alasan untuk tidak beraksi cemerlang.

“Perak FC bukanlah lawan yang mudah apatah lagi bila beraksi dilaman sendiri. Mereka memberikan tentangan yang hebat,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: