
SHEFFIELD United menjadi pasukan pertama yang tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Ia selepas Sheffield kalah 0-1 kepada Wolverhampton Wanderers dalam kunjungan di Molineux, awal pagi tadi.
Gol rumah rumah diciptakan Willian Jose pada minit ke-59.
Kekalahan itu cukup untuk memastikan bahawa Sheffield tidak akan kekal di EPL kerana baru mengumpulkan 14 mata daripada 32 perlawanan.
The Blades tak akan dapat mengejar Burnley yang ketika ini berada di kedudukan ke-17 liga.





Add Comment