Bola Sepak Terkini

Kalian luar biasa ; Kurniawan


Oleh : Subkhi Sudarji

SEMANGAT luar biasa dipamerkan barisan pemain The Rhinos antara elemen penting yang membawa tiga mata penuh dengan menewaskan Uitm FC, 4-0 pada aksi dilaman sendiri malam tadi.

Dua gol pada setiap babak memastikan skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto ini memastikan mereka terus bersaing dalam kelompok pertengahan selepas sembilan perlawanan.

Bagi Kurniawan, semangat luar biasa pemain yang memanfaatkan kedudukan lawan dalam liga memastikan kemenangan kedua diraih.

“Kerja keras pemain membuahkan hasil, walaupun pada awalnya kami agak tertekan kerana mengikut rentak permainan lawan hingga aksi menjadi perlahan namun pemain tetap fokus dengan perancangan.

“Sebelum perlawanan saya telah tekankan agar tidak memandang rendah dengan keupayaan lawan, mereka tiada tekanan. Alhamdulillah pemain mengikuti segala perancangan dan tiga mata penting yang diraih dilaman sendiri,” jelasnya.

Selepas berakhirnya sembilan perlawanan, Sabah FC kini mengutip sembilan mata hasil dua kemenangan, tiga seri dan empat kekalahan.

Anak didik Kurniawan bakal terbang ke Shah Alam untuk menentang Selangor FC, Jumaat ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment