Lain-Lain Semasa Terkini Uncategorized

‘Tindakan tidak wajar, terkebelakang’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

TINDAKAN sebuah sekolah di sebuah negeri yang menetapkan pelajar tertentu boleh mengambil bahagian sukan dikecam hebat warganet.

Isu ini viral di laman Twitter semalam sehingga mencetuskan reaksi kurang senang orang ramai yang melihat sukan sepatutnya menjadi alat memupuk perpaduan sejak usia remaja.

Perkembangan ini menarik minat daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang  ulang kicau (retweet) di laman Twitter rasmi beliau.

“Sukan sepatutnya color blind, melangkaui sempadan budaya dan menjadi agen perpaduan. Ini tindakan yang tidak wajar dan terkebelakang.

“Tiada polisi atau pendekatan sebegini dalam Dasar Sukan. Kita mahu pendemokrasian sukan bermula di sekolah,” katanya.

Ulang kicau Reezal Merican di Twitter.

Seorang pelayar Twitter, Sharwin Subra berkongsi maklumat itu sekali gus membuka mata orang ramai berhubung isu ini.

“@RadziJidin @reezal_merican menteri tersayang, apa perlunya pelajar bangsa tertentu hanya boleh memasuki sukan seperti itu?

“Bukankah ini Malaysia, sebuah negara yang berbilang kaum? Kementerian Pendidikan sila ambil tindakan sewajarnya. Beri keutamaan kepada bakat bukan berlumba,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Cakap Sukan dapati pihak sekolah berkenaan telah meminda senarai tersebut dan dikemukakan kepada Group WhatsApp ibu bapa.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: