Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Hadi Fayyadh terpaksa tunggu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hadi akan menjalani rawatan ekoran kecederaan ACL yang dialaminya.

Oleh : Subkhi Sudarji

HASRAT peminat Malaysia menyaksikan kelibat penyerang bolasepak kebangsaan bawah 23 tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak beraksi bersama Kelab Azul Claro Numazu masih belum kesampaian apabila pemain berkenaan mengalami kecederaan ACL di kaki kanannya semasa latihan bersama pasukannya.

Hadi yang baru pulih dari kecederaan di bahagian pergelangan kaki sebelum ini, terpaksa melupakan semula hasrat untuk bersama Numazu yang beraksi dalam Divisyen 3, Liga Jepun  bagi saingan awal musim ini kerana perlu menjalani pembedahan bagi kecederaan ACL tersebut.

Namun Hadi tetap optimis untuk kembali bersama pasukan itu pada hujung musim ini memandangkan liga bola sepak profesional jepun akan bersambung sehingga Disember ini.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia Hiroshi Hamada, selaku individu yang bertanggungjawab menguruskannya Hadi memaklumkan kesakitan masih dirasainya dan sedikit kexewa tidak dapat beraksi bersama pasukan.

“Hadi akan menjalani pembedahan di Osaka pada minggu hadapan dan tempoh proses pemulihan hanya akan di ketahui selepas pembedahan tersebut berjalan. Mungkin dia akan bersama pasukan sebelum akhir musim ini memandangkan liga bola sepak profesional di Jepun akan bersambung sehingga Disember tahun ini”

“Saya telah bercakap dengan hadi sebelum ini, beliau memaklumkan bahawa beliau dalam keadaan yang baik dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada beliau.

“Beliau juga yakin dengan menjalani perubatan di sini dan optimis akan pulih semula dan beraksi bersama pasukan sebelum musim ini berakhir. Sama-sama kita beri sokongan kepada hadi supaya beliau sentiasa kuat bagi menghadapi dugaan ini” kata Hamada melalui siaran media yang di keluarkan olehnya,” jelas Hamada.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: