Bola Sepak Semasa Terkini

Hafizul waspada kebangkitan saat akhir Kedah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hafizul (kiri) mahu rakan sepasukan sentiasa waspada dengan kebangkitan lawan disaat akhir.

Oleh : Subkhi Sudarji

BENTENG terakhir Perak FC, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy  mengakui pasukannya perlu berwaspada dengan kemampuan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang dilihat boleh menjaringkan gol pada bila-bila masa terutamanya pada minit akhir permainan menjelang aksi menentang pelawat malam ini di Stadium Perak, Ipoh.

Baginya, keputusan yang diraih skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak yang menewaskan Selangor FC membuktikan reputasi pasukan yang sentiasa menjadi ‘cencaru makan petang’ apabila pernah mengecewakan Selangor FC 2-1 pada perlawanan ketujuh Liga Super melalui dua jaringan dalam tempoh 10 minit terakhir oleh Kpah Sherman serta Tchetche Kipre.

“Kita kena berwaspada dengan kualiti Kedah yang sentiasa boleh jaringkan pada bila-bila masa terutama di minit terakhir permainan jika tidak mahu kecewa dalam perlawanan itu nanti,” ujarnya.

Selain itu, KDA juga pernah mengikat Penang FC,1-1 melalui gol penyamaan pada minit-86 oleh Kpah Sherman selain kemenangan 3-1 ke atas PJ City FC, 17 Mac lalu.

Tambahnya, faktor itu dibantu KDA mempunyai banyak pilihan di jentera serangan selain Kpah dan Tchetche, mereka turut dibantu Fayadh Zulkifli dan Azamuddin Akil yang sentiasa memberikan kekuatan tambahan pada 15 minit terakhir permainan.

“ Lawan sememangnya dari tahun lepas adalah lawan yang boleh menjaringkan gol pada tempoh lewat permainan dan kami masih ingat tewas kepada mereka selepas melakar kebangkitan daripada ketinggalan dua gol.

“ Namun mereka masih berjaya bangkit menjaringkan gol di babak kedua dan kami tewas 2-3, jadi aspek ini perlu diberikan perhatian di mana bukan saya sahaja tetapi seluruh rakan sepasukan harus pertingkatkan fokus sehingga wisel terakhir permainan.

“ Kedah pasti akan datang dengan gaya permainan menyerang kerana sudah tentu mereka mahu mengejar kedudukan teratas bagi meneruskan saingan merebut kejuaraan dan kita perlu perbaiki kesilapan-kesilapan lepas jika mahu meraih tiga mata, ” katanya.

Barisan pemain Perak FC menjalani latihan menjelang aksi menentang Kedah malam ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt, mengesahkan yang dia kehilangan empat pemain termasuk ketua pasukan, Shahrul Saad yang masih belum pulih daripada kecederaan hamstring selain Sergio Aguero, Firdaus Saiyadi dan Farhan Roslan.

Biarpun sedikit bimbang untuk berdepan KDA FC terutama di bahagian pertahanan, Yee Fatt masih menaruh perhatian yang pemain-pemainnya mampu berikan saingan dan seterusnya meraih keputusan positif di Stadium Perak.

“ Saya akui bahagian serangan KDA FC antara yang terbaik di Liga Super namun saya masih percaya gandingan Shakir Hamzah dan Idris Ahmad yang gantikan tempat Shahrul kerana ini sahaja pilihan yang ada pada masa sekarang.

“ Memang tidak dinafikan skuad ini ada masalah dengan konsistensi kerana bukan semua perlawanan kami boleh bariskan pemain terbaik ekoran masalah kecederaan serta penggantungan.

“ Selain jadual perlawanan yang rapat membuatkan saya perlu melakukan rotasi pemain, saya akui tidak banyak pilihan dalam kalangan pemain sedia ada.

“ Namun sikap pemain yang sentiasa positif dan komitmen yang ditunjukkan dalam tiap perlawanan, membuatkan saya berpuas hati setakat ini dengan mereka, ” katanya.

Selain aksi Perak FC dan KDA FC malam ini , satu lagi pertemuan yang berlangsung ialah antara Sabah FC dan UiTM FC di Stadium Likas.

Manakala dua perlawanan pada Ahad ialah membabitkan Melaka United FC dan Selangor FC di Stadium Hang Jebat selain PJ City FC serta Penang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: