Bola Sepak Semasa Terkini

Dollah tetap bangga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketua pasukan Sri Pahang FC, Muslim Ahmad (kanan) berjaya merampas bola dari kawalan penyerang import JDT, Bergson.

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli (Foto)

KETUA Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh tetap menghamburkan pujian buat barisan pemain mudanya yang mampu memberikan saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun keputusan tidak memihak skuad bimbingannya itu.

Memberikan saingan dan tentangan walaupun beraksi dengan kekurangan seorang pemain ekoran dilayangkan kad merah, Dollah melihat aksi separuh masa kedua adalah watak sebenar Tok Gajah.

“Kita dapat beri saingan khususnya pada separuh masa kedua, cuma apabila kekurangan seorang pemain ia menjejaskan sedikit rentak pasukan, jika dilihat pasukan turut memiliki peluang dipenghujung perlawanan.

“Namun bila semua pemain ingin menjaringkan gol, saya lihat benteng sedikit longggar dan ini dimanfaatkan sepenuhnya pelawat untuk menghasilkan gol kedua. Apa sekali pun saya bangga dengan semangat juang dan prestasi pemain muda,” jelasnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi, dua gol JDT dihasilkan Leandro dan Bergson Da Silva serta layangan kad merah kepada pertahanan Sri Pahang FC, Mohamad Ezanie Mat Salleh pada minit ke 69 mewarnai aksi yang sedikit suram pada 45 minit pertama sebelum ia bertukar 360 darjah pada babak kedua.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: