Bola Sepak Komentar Semasa Terkini

EXTRAVAGANZA JALIL RASHEED

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Ekslusif oleh : MOHD FARIQ

SIRI KEDUA

BELIAU menyedari bahawa bola sepak bukan sekadar sukan semata-mata.

Sebaliknya bola sepak mampu menjadi industri yang cukup serius di mana memiliki keupayaan untuk dibentuk kepada pemangkin ekonomi negara.

Sebaik pulang ke Malaysia pada tahun 2001, sosok yang bernama Jalil Rasheed ini yang tidak lagi menetap di Raub, Pahang dan bermastautin di Petaling Jaya, Selangor sejurus bapanya telah tamat perkhidmatan sebagai kedutaan di Hong Kong, telah menanam minat yang lebih mendalam terhadap peluang dan ruang dan sukan bola sepak.

Pada 2003, Jalil kembali terbang ke London selepas ditawarkan jawatan pertama beliau dalam kariernya di Aberdeen Investment.

Untuk makluman, Jalil yang memiliki pengalaman luas sektor kewangan dan pelaburan di United Kingdom, Amerika Syarikat, Indonesia dan Singapura, telah menerima Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan dan Ijazah Perakaunan dari Sekolah Ekonomi dan Politikal Sains di United Kingdom.

Bermula di situlah Jalil memulakan kajian terhadap mekanisma bola sepak daripada struktur ekonomi dan sukan itu sendiri di mana beliau sendiri telah banyak meluang masa bagi melengkapkan kajiannya terhadap sukan bola sepak.

Malah di sini juga Jalil yang merupakan pengemar kereta dan motorsikal, telah mengenalpasti beberapa falsafah kelab bola sepak dunia di mana beliau sendiri merupakan penyokong tegar Liverpool sejak kecil sehingga sekarang.

Antara kajian yang dilakukan Jalil adalah kenapa beberapa kelab memiliki keupayaan begitu besar untuk berbelanja bagi mendapatkan seseorang pemain, mengapa tidak semua kelab memiliki kekuatan kewangan itu.

Dengan melakukan kajian kelab yang diminati sendiri iaitu Liverpool, Jalil akhirnya memahami konsep ‘pergerakan’ sesebuah kelab bertaraf gergasi Eropah di mana pelaksanaan pelan itu bukan sahaja ampuh di atas padang sebaliknya perancangan daripada sudut pemasaran, komersial dan perniagaan juga harus seiring dengan perjalanan kelab tersebut.

Apa yang mustahak menurut sosok bernama Jalil ini adalah data kepada pasukan yang menjadikan sesebuah pasukan itu mampu lebih berjaya.

Jalil bersama pemain KV Kortrijk, Luqman Hakim yang mencipta nama di Belgium.

PERTEMUAN DENGAN TAN SRI VINCENT TAN TERUS MENYEMARAKKAN CINTA BOLA SEPAK

Tanpa berselindung, Jalil mendedahkan kepada CAKAPSUKAN tentang pengalaman pertama kali bertemu dengan pengasas Berjaya Corp, Tan Sri Vincent Tan yang lebih banyak berbicara mengenai sukan bola sepak.

Jalil berkata: “Sebab itu bila saya pertama kali bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan, topik pertama kami adalah berkenaan bola sepak dan beliau sendiri terkejut dengan ‘data’ bola sepak yang saya hujahkan kepada beliau.

“Beliau tidak menyangka saya memiliki hujah atau pandangan terutama cara menguruskan sesebuah kelab daripada sudut kewangan dan kami juga bercakap mengenai revolusi bola sepak dunia sepanjang 20 tahun lalu.”

Menguatkan lagi hujahnya, Jalil mendedahkan Serie A satu ketika dahulu adalah menjadi destinasi impian buat mana-mana pemain, bukannya Liga Perdana Inggeris.

Ketika itu Serie A menjadi liga cukup gah di dunia tetapi kesan strategi Liga Perdana Inggeris yang mencuri perhatian serta tuntutan penyokong daripada seluruh dunia terutama Asia Tenggara menyaksikan mengapa liga England itu kini menjadi tumpuan pada masa kini.

Dedah Jalil, beliau memberikan pujian kepada Tan Sri Vincent sebagaimana beliau berjaya mengubah kedudukan kewangan KV Kortrijk menjadi lebih relevan dalam struktur bola sepak di Eropah.

“Bika kita bercakap mengenai kelab, mengambil contoh KV Kortrijk, mungkin ramai tidak sedar bahawa tidak senang untuk membuat duit bermula daripada kelab kecil sebagaimana kita menguruskannya dengan bajet sederhana.

“Semakin kecil kelab semakin rendah jangkaan dan semakin rendah paras gaji pemain tetapi disokong kebanjiran kepadatan stadium berkapasiti 8,000 tempat duduk sudah cukup tetapi usaha itu harus digandakan jika mahu mencapai ke standard lebih baik.

“Secara peribadi, saya percaya bahawa bagi sesebuah kelab sebagaimana saya lakukan kajian saya adalah data adalah elemen paling utama untuk sebuah kelab.

“Saya menyedari tidak banyak kelab melihat faktor ini tetapi ia sebenarnya faktor cukup penting bagi memastikan perjalanan sesebuah kelab itu menuju tepat ke destinasinya,” katanya.

Justeru, Jalil optimis bahawa Liga Malaysia juga memiliki potensi besar sebagaimana beliau telah banyak melakukan kajian tetapi pelaksanaan itu harusnya bertepatan dengan budaya negara di mana……

BERSAMBUNG SIRI KETIGA

TAMAT


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: