Bola Sepak Semasa Terkini

Nafuzi masih percayakan Da Silva

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Da Silva (depan) dilihat terus gagal memberikan impak kepada pasukan selepas diturunkan dalam beberapa perlawanan.

Oleh : Subkhi Sudarji

KETUA Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain tetap mempertahankan prestasi penyerang importnya, David Da Silva walaupun pemain kelahiran  Brazil ini dilihat gagal memberikan impak kepada pasukan.

Jelasnya, bekas penyerang yang memiliki ketinggian 185cm  itu memerlukan masa untuk membuktikan kemampuan dimilikinya sebagaimana dibuktikan ketika bersama Persebaya di Liga Indoenesia apabila menjaringkan 20 gol daripada 23 perlawanan pada tahun 2018 dan 14 gol daripada 17 perlawanan bagi tahun 2019.

“Kalau kita lihat aksi pertamanya berbanding kedua, saya lihat ketika menentang Kedah (kedua) prestasinya baik, dia belum cergas sepenuhnya dan saya percaya dengan kebolehan yang ada pada dirinya.

“Apa yang penting malam ini dia mampu bermain dan keluar tanpa sebarang kecederaan, yang pastinya dia belum cergas sepenuhnya, berikan dia masa,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC malam tadi.

Pada aksi awal saingan Liga Super, Da Silva terpaksa diketepikan beberapa perlawanan ekoran kecederaan dialami semasa sesi latihan dan Nafuzi menggunakan penyerang TFCII, Jordan Mintah selaku penyerang.

Prestasi Mintah ternyata tidak mengecewakan malah berjaya meledak beberapa gol membantu kemenangan pasukan sebelum Da Silva diturunkan selaku penyerang utama TFCI.

Konate meraikan jaringan tunggal pada lewat permainan bagi membantu kemenangan pasukan.

Pada aksi yang berlangsung malam tadi, gol minit terakhir hasil rembatan Makan Konate dari luar kotak penalti pada minit ke-88 itu menggamatkan hampir 3,000 peminat setia skuad Penyu .

Tiga mata diraih TFC itu kini meletakkan mereka di tangga kedua Liga Super dengan mengutip 18 mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengumpul 23 mata.

 

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: