Antarabangsa Bola Sepak

‘Sejarah United ke atas kelab Itali tidak mengecewakan’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer begitu percayakan diri sendiri menjelang pertemuan pasukannya dengan AS Roma di separuh akhir Liga Europa.

Perlawan pusingan pertama akan berlangsung di Theatre of Dreams pada 30 April depan.

Bercakap kepada BT Sport, Ole mengatakan jarang melihat Roma beraksi.

“Yang saya tahu mereka  bermain baik dalam dua pertandingan. Mereka bertahan dengan baik, seperti yang biasanya dilakukan pasukan Itali.

“Kita semua tahu Edin Dzeko, jadi setiap bola ke kotak penalti pastinya berbahaya,” ujarnya selepas perlawanan.

Lelaki asal Norway menambah, mereka tidak sabar- sabar untuk aksi separuh akhir.

“Ini terasa seperti pertarungan Eropah yang berkelas dunia kerana Roma adalah kelab dengan banyak sejarah.

“Kami sendiri miliki catatan bagus melawan kelab Itali sebelum ini. Kami menghadapi pertandingan itu dengan harapan untuk lolos ke final. Jika kami dapat mengakhiri musim dengan trofi, itu akan luar biasa,” katanya.

Hujung minggu ini, United akan melayan kunjungan Burnley di Old Trafford aksi Liga Perdana Inggeris kemudian seminggu berselang, The Red Devils akan menghadapi musuh lama Leeds United dalam pertemuan Roses Derby di Elland Road.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: