Bola Sepak Semasa Terkini

Liridon, Luqman dan Junior perkuat Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan Liridon Krasniqi, Luqman Hakim Shamsudin dan Junior Eldstal akan memperkuatkan skuad bagi kempen pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, Jun depan.

Jelasnya, pihaknya sudah menyediakan senarai nama yang akan dipanggil tetapi senarai muktamad untuk kem latihan terakhir masih belum ditetapkan.

“Kami sebagai barisan kejurulatihan sentiasa memantau pretasi dan kecederaan setiap pemain supaya apabila mereka hadir ke kem kebangsaan, mereka bebas daripada kecederaan dan dapat memberikan prestasi terbaik.

“Lebih kurang 38 nama pemain sudah disenaraikan (menerima vaksin) supaya mereka tidak berasa risau untuk bertandang ke Dubai.

“Segala urusan vaksin ini akan diuruskan oleh FAM dan saya berharap mereka (Liridon, Luqman Hakim dan Junior Eldstal) juga akan divaksin agar dalam keadaan bersedia untuk ke Dubai,” jelasnya dipetik dalam satu temu bual bersama Nadi Arena.

Rabu lalu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan 78 individu membabitkan pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai sekuad kebangsaan akan diberikan suntikan vaksin bermula Isnin ini sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Cheng Hoe berkata, Ia sememangnya satu khabar gembira buat skuad kebangsaan.

“Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal (Merican Naina Merican) kerana dengan usaha beliau, kami akhirnya akan mendapatkan suntikan vaksin pertama untuk pemain dan pegawai pasukan kebangsaan.” tegasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: