Bola Sepak Semasa Terkini

Sabah FC perlu rebut mata penuh

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain Sabah FC menjalani latihan menjelang kunjungan Uitm FC, malam esok. (Foto : FB Sabah FC)

Oleh : Subkhi Sudarji

TIGA mata perlu diraih Sabah FC bagi memperkukuhkan kedudukan dalam saingan,   lantas kehadiran Uitm FC di Stadium Likas malam esok dianggap peluang terbaik baik memastikan hasrat berkenaan menjadi kenyataan.

Berdepan Uitm yang dibimbing Reduan Abdullah yang kini berada ditangga tercorot, The Rhinos seharusnya tidak berdepan masalah namun ia bukanlah satu jaminan tanpa usaha gigih.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata semua pemain tiada alasan kecuali fokus kepada kemenangan apabila hanya berjaya mengutip satu mata dalam perlawanan menentang Penang FC minggu lalu.

Kurniawan (tengah) mahu pemainnya mengekalkan momentum bagi meraih keputusan positif. (Foto: FB Sabah FC)

Katanya, semua pemain perlu mengekalkan rentak persembahan sedia ada untuk menjamin Sabah FC mengutip tiga mata penting di gelanggang sendiri.

“Kita sudah menganalisis beberapa  perlawanan  Uitm FC. Mereka bukan pasukan yang senang untuk dikalahkan..

“Jadi kita harap semua pemain lebih extra kerja keras termasuk lebih bersabar sekaligus mencipta kemenangan nanti.

“Mungkin lawan akan lebih defensif tapi dalam masa sama semua pemain akan cuba merancang bagaimana untuk memecahkan merobek pertahanan Uitm nanti untuk menjaringkan gol kemenangan,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: