Antarabangsa motorsport

Petronas Yamaha SRT tekad bangkit di MotoGP Portugal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  


MENJELANG perlumbaan di MotoGP Portugal hujung minggu ini, pasukan  Petronas Yamaha SRT tekad bangkit meraih keputusan lebih positif.

Pasukan utama Yamaha, Monster Energy Yamaha MotoGP, memenangi dua perlumbaan di awal musim. Setelah Maverick Vinales muncul juara di MotoGP Qatar, Fabio Quartararo pula menang di MotoGP Doha.

Namun, keputusan berbeza diraih pasukan satelitnya. Dua penunggang Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli dan Valentino Rossi yang berdepan kesukaran.

Kini, Morbidelli tekad bangkit memimpin Petronas Yamaha SRT apabila pada musim lalu berjaya menamatkan tempat ketiga di Litar Antarangsa Algarve, Portimao.

“Setelah naik podium di Portugal tahun lalu, saya berharap kami dapat mendapatkan kembali kepantasna kami dan bersaing untuk mendapatkan hasil yang bagus lagi akhir minggu.

“Setiap pusingan berbeza, jadi kami harus menunggu dan melihat bagaimana kami ketika berada di trek. Kami memiliki data dari tahun lalu, dan kami tahu bahawa kami cepat, jadi sekurang-kurangnya kami memiliki sesuatu untuk digunakan sebagai perbandingan,” kata Morbidelli, dilapor GP One.

Di MotoGP Qatar, Morbidelli sekadar di kedudukan 18, dan Rossi di peringkat 12.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: