Antarabangsa motorsport

Marc Marquez gugup

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Marquez tidak meletakkan sebarang sasaran perlumbaan di Portugal.

MARC Marquez akui  gugup setelah lama tidak mengikuti perlumbaan akibat ditimpa kecederaan.

The Baby Alien akan membuat kemunculan di MotoGP Portugal 2021 hujung minggu ini.

“Gembira sekali dapat kembali ke sini bersama kalian semua, sembilan bulan yang sangat sukar sekali. Esok menjadi detik untuk membuat langkah terpenting dalam rehabilitasi saya, iaitu mengendalikan motor GP.

“Sebenarnya saya memang gugup. Perut saya bergejolak, sesuatu yang tidak normal bagi saya. Tapi setelah kelayakan satu (FP1) kondisi ini akan berlalu dan sekarang saatnya menikmati motor kembali,” kata Marquez menjelang sesi latihan bebas MotoGP Portugal.

Penunggang Honda Repsol ini mengatakan dirinya tidak meletakkan apa-apa sasaran perlumbaan minggu ini.

“Saya bukanlah Marc yang sama di FP1, saya perlukan masa dalam pemulihan (fizikal dan mental). Kami sedang dalam proses, tapi saya teruja berada di sini,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: