Antarabangsa motorsport

Tunggu Rossi bangkit di Jerez, bukan Portimao

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

VALENTINO Rossi  dijangka menempuh kesukaran pada MotoGP Portugal 2021 di Portimao minggu ini.

Kata-kata ini diterbitkan oleh bekas rakan sepasukannya , Jorge Lorenzo.

Dalam dua pusingan terdahulu yang dijalankan di Litar Losail, Rossi gagal menunjukkan prestasi memuaskan. Hanya empat mata yang berjaya diraihnya dari dua perlumbaan itu.

Walaupun begitu, Lorenzo memberi ramalan Rossi mungkin akan pamer bisa sebenar pada pusingan keempat MotoGP 2021 di Jerez, Sepanyol.

“Ikut sejarah, Rossi selalu tampil lebih kompetitif di litar itu. Dia memang tak pernah tampil bagus di Qatar dan litar yang lebih sesuai pastinya akan tiba,” ujarnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: