
BEKAS penyerang handalan Udinese, Antonio Di Natale secara rasmi dilantik sebagai pengendali kelab Serie C, Carrarese.
Di Natale, yang kini berusia 43 tahun, menggantikan jurulatih sebelumnya, Silvio Baldini, yang mengundurkan diri akibat prestasi buruk pasukan.
Baldini meninggalkan kelab selepas Carrarese terperosok di posisi ke-15 Liga Serie C Kumpulan A musim 2020/21 ini, yang bermaksud menghampiri zon penyingkiran.
Bagaimanapun, Di Natale yang memulakan kursus kejurulatihan bersama Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) pada September lalu masih belum mendapatkan lesen.
Di Natale menonjol bersama Udinese sebagai pemain apabila berjaya mencatatkan namanya sebagai penjaring gol terbanyak keenam dalam sejarah Serie A dengan ledakan 209 gol sepanjang kariernya.








Add Comment