Bola Sepak Semasa Terkini

MFL pinda jadual Liga Premier sepanjang Ramadan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MALAYSIAN Football League (MFL) hari ini mengumumkan pindaan venue perlawanan Liga Premier 2021 sepanjang Ramadan yang melibatkan Selangor FC 2, Kelantan FC dan Kelantan United FC.

Jadual melibatkan Kelantan FC dan Kelantan United FC yang berkongsi venue sama iaitu Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu terpaksa dipinda selepas pihak kerajaan negeri Kelantan telah mewartakan bahawa tiada aktiviti hiburan termasuk sukan bola sepak yang boleh dilaksanakan di negeri berkenaan semasa bulan Ramadan.

Kelantan FC telah dijadualkan bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 18 April 2021 tetapi Negeri Sembilan FC bersedia menjadi pasukan tuan rumah terlebih dahulu selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dan venue pertemuan itu ditukar ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada tarikh yang sama.

Sementara Kelantan United FC pula menamakan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai venue perlawanan menentang Kuching City FC pada bulan Ramadan pada 24 April 2021 dan menamakan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menentang Sarawak United FC bagi aksi Liga Premier ke-12 pada 7 Mei 2021.

Walaubagaimanapun, pengesahan venue bagi pasukan Kelantan United FC akan dibuat setelah mendapat kelulusan pihak pengurusan stadium yang terbabit.

Manakala Selangor 2 yang sebelum ini bermain di sebelah petang dengan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai gelanggang tuan rumah, memilih Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai venue baharu bertemu Kuching City FC pada 18 April 2021.

Selangor 2 yang menentang Terengganu FC II pada aksi Liga Premier ke-10 bakal bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu selepas kedua-dua kelab itu bersetuju Terengganu FC II menjadi pasukan pasukan tuan rumah.

Keputusan ini diambil berikutan tiada venue yang boleh digunakan oleh Selangor 2 di Lembah Klang bagi perlawanan waktu malam semasa bulan Ramadan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: