KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar satu lagi sejarah baharu apabila Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai tuan rumah Spartan Stadion yang pertama di Malaysia yang dijadual berlangsung pada 3 dan 4 September ini.
Sebelum ini Stadium Sultan Ibrahim turut memenangi anugerah ‘Stadium of the Year’ oleh StadiumDB.Com.
Antara jenama antarabangsa lain yang turut bekerjasama dengan JDT termasuk UNICEF, Nike, Hublot, Swag Electric Vehicle dan Subway.
“Home of the Southern Tigers‘ yang ikonik ini telah membuktikan daya tarikannya dengan anugerah Stadium of the Year oleh StadiumDB.com yang terus meningkatkan jenama JDT di peringkat antarabangsa.
“Kini, gelanggang pasukan JDT tersenarai antara beberapa stadium terpilih di seluruh dunia yang menjadi tuan rumah acara Spartan Stadion yang terkenal di peringkat antarabangsa pada suku ketiga tahun 2021,” jelas kenyataan itu seperti dilapor media.
Spartan Stadion merupakan sebahagian daripada acara sukan dianjurkan jenama Spartan Race yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 2007 dan telah berkembang ke lebih 30 buah negara antarabangsa.
Spartan Stadion adalah perlumbaan sejauh 5 km dengan 20 rintangan yang diadakan di stadium sukan pro yang terkenal di seluruh dunia.
.
Add Comment