Olahraga Semasa Terkini

Atlet, jurulatih dan pegawai terima suntikan vaksin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reezal (tengah) bersama Norza (dua,kanan) dan Megat D Shahriman (dua,kiri) dan atlet serta pengawai selepas menerima suntikan vaksin, hari ini.

Oleh: Hidayah Ab Ghani/ Foto: Izari Rosli

MENTERI Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican mengetuai penerimaan dos pertama vaksin COVID-19  bersama 264 individu termasuk atlet, jurulatih dan pegawai di Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras.

Selain Reezal, suntikan dos pertama vaksinasi juga diberikan kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia,  Tan Sri  Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Dato’ Sri Megat D Shahriman Zaharudin.

Reezal Merican ketika menerima suntikan vaksin hari ini.

Untuk rekod, 264 individu yang diberi dos pertama hari ini di Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama adalah kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Dos pertama yang diberikan kepada individu terlibat adalah vaksin Pfizer. Fasa kedua vaksinasi akan diadakan pertengahan bulan April ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: