Antarabangsa Permotoran

The Baby Alien ‘dapat’ nasihat fisoterapi peribadi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KELMARIN, Marc Marquez telah mendapatkan kebenaran untuk melakukan kemunculan semula pada perlumbaan MotoGP. The Baby Alien juga mendapat pesanan daripada fisoterapi peribadinya, Carlos Garcia. Apa pesannya?

Pasukan Repsol Honda mengumumkan Marquez boleh kembali bertarung selepas dinilai telah pulih daripada kecederaannya dan akan mengambil tempat dalam MotoGP Portugal 2021.

“Kamu tak perlu membuktikan apa pun kepada siapa pun, kamu adalah Marc. Kami yang berada di sisimu pada saat sukar ini tahu jika kamu adalah pelumba hebat, bahkan sebelum menjadi atlet

“Kami memberikan semua yang kami miliki, sembilan bulan ini adalah waktu terpanjang dalam hidup kami. Kami menyerahkannya untuk satu tujuan. Kami akhirnya mencapai itu dan semua yang kami kerjakan terbayar,” kata Garcia di akaun Instagram @fisiocarlosjgarcia.

Marc juga menurut Garcia harus melakukan apa yang harus dilakukan.

“Kamu harus bangun pagi, tepat waktu dan konsisten. Kamu harus tahu bagaimana memulihkan diri, makan dengan sihat, bersukan.

“Seperti cahaya di  hujung terowong yang kita bayangkan hari demi hari akhirnya menerangi kita. Marc Marquez mungkin memenangi gelaran dunia, tapi Marc tetaplah Marc,” luahnya lagi.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: