Bola Sepak Semasa Terkini

Tunggakan dua bulan gaji pemain bola KDA FC selesai

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan gaji pemain pasukan Bola Sepak Kedah, KDA FC untuk Februari dan Mac akan diselesaikan hari ini.

“Dua hari lalu (5 April 2021), kita telah mendapat sumbangan daripada penaja dan sudah dimasukkan dalam akaun. Semalam (6 April 2021) pun saya pesan kepada pemain untuk bermain bersungguh-sungguh.

“Masalah pembayaran gaji akan diselesaikan hari ini (7 April 2021),” ujar beliau kepada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan KDA FC yang mempamerkan permainan yang baik dan berjaya mengalahkan Selangor FC dengan 2-1.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: