Bola Sepak Terkini

Perak FC bangkit di Ipoh


KEBANGKITAN Perak FC sukar dibendung pada babak kedua untuk menumpaskan UiTM FC 3-2 di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Pada pertemuan Liga Super 2021 tadi, Perak ketinggalan 0-2 kepada pelawat terlebih dahulu yang membuka tirai jaringan menerusi Nana Poku m-19 hasil sepakan penalti selepas dijatuhkan oleh Danish Haziq.

Perak cuba membalas namun percubaan sepakan percuma Leondro Dos Santos m-33 hanya berjaya mencium palang gol UiTM FC.

Nana Poku sekali lagi mencetak nama selaku penjaring minit ke-39 sebelum Careca merapatkan jurang pada penghujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah tampil lebih tersusun dan kerap mencemaskan kubu lawan. Hasilnya, kedudukan terikat 2-2 apabila larian Leandro dijatuhkan oleh pemain UITM FC dalam kotak penalti dan Guilherme de Paula Lucrécio menyudahkan pada minit ke-69.

Careca memastikan tiga mata milik pasukannya dengan melepaskan sepakan padu yang gagal ditangkap kemas Azfar Arif pada minit ke-77.

Perak FC kini mengutip lapan mata selepas tujuh perlawanan manakala UiTM terus kekal menghuni kedudukan tercorot liga tanpa sebarang kemenangan.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading