Bola Sepak Semasa Terkini

Skuad kebangsaan harap terima suntikan vaksin segera

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji

PENGURUS pasukan Harimau Malaya,  Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengharapkan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan menerima suntikan vaksin Covid -19  sepenuhnya penghujung April sebelum mereka berlepas ke Bahrain untuk persiapan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Ujarnya, perkara ini  dalam perbincangan lanjut khususnya mengenai tarikh sebenar untuk pemain kebangsaan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Masih dalam perbincangan tetapi kita sudah memohon supaya dapat divaksin lebih awal dan bukannya baru divaksin seminggu sebelum kita berlepas.

“Kalau boleh, kami harapkan kedua dua dos itu dapat dihabiskan sebelum awal Mei kerana kita tidak mahu ada implikasi dengan masa yang tidak cukup apabila kita ke sana nanti.

“Mungkin selewatnya hujung bulan empat tetapi tarikhnya belum lagi kita dapat. Kita pun sedang usaha untuk melakukan perbincangan supaya dapat vaksinkan skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Melaka United FC Sdn Bhd dengan syarikat syarikat pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn Bhd di sini, hari ini.

Untuk rekod, skuad kebangsaan akan dihimpunkan semula pada 16 Mei dan dijangka terbang ke Bahrain pada 19 Mei untuk mengharungi dua aksi persahabatan.

Malaysia akan berdepan UAE terlebih dahulu sebelum menentang pendahulu, Vietnam dan mengakhiri kempen peringkat kumpulan dengan aksi bertemu Thailand.

Ketika ini, mereka menghimpun sembilan mata untuk berada di tempat kedua di belakang Vietnam (11 mata) sementara Thailand berada di tempat ketiga dengan lapan mata dan UAE (enam mata).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: